Soalan Lazim

Bagaimana mahu manjadi seorang Munsyi Dewan?

Iklan pengambilan Munsyi Dewan akan dikeluarkan sekiranya DBP berhasrat mengambil Munsyi Dewan bagi fasa seterusnya. Pengambilan Munsyi dewan akan diiklankan dalam akhbar perdana berbahasa Melayu serta laman web DBP.

Apa syarat-syaratnya untuk menjadi Munsyi Dewan?

Syarat menjadi Munsyi Dewan ialah calon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik  atau Pengajian Melayu dan mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sekurang-kurangnya lima tahun; atau memiliki ijazah bidang Komunikasi atau mempunyai Sijil Perguruan/Diploma Perguruan serta  mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu sekurang-kurangnya 10 tahun.
Syarat-syarat lain sila rujuk dalam akhbar.

Bagaimana cara hendak menjemput munsyi dewan ke sekolah untuk memberi ceramah tentang tatabahasa?

Akademi DBP  ada melaksanakan pelbagai kursus ke arah memartabatkan bahasa dan sastera. Pemilihan penceramah daripada kalangan pegawai dan Munsyi Dewan dibuat berdasarkan kesesuaian sesuatu kursus.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Ketua Akademi DBP,

Akademi DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 4, Wisma DBP,
50460 Kuala Lumpur
Dewan Bahasa dan Pustaka,

atau  layari laman sesawang http://munsyidewan.dbp.my

Adakah kursus Munsyi Dewan (jawi) masih dijalankan?

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

Ketua Akademi DBP,
Akademi DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 4, Wisma DBP,
50460 Kuala Lumpur
.

atau  layari laman sesawang http://munsyidewan.dbp.my

Boleh ke kami mengundang mana-mana Munsyi Dewan (bahasa) yang boleh menerangkan nahu tatabahasa dengan lebih mendalam bagi meningkatkan pengetahuan guru-guru di sekolah? Adakah undangan ini perlu berbayar?

Tuan boleh menghubungi mana-mana  munsyi yang berada di sekitar kawasan tuan untuk memberikan ceramah pemahaman tentang tatabahasa dan atas kepakarannya .Tuan perlu berunding terus  tentang bayaran. Sila klik pada direktori Munsyi Dewan dan pilih munsyi berdasarkan negeri.